Short & Sharp!

ebook Sifir Master for KIDS!
ebook ini menerangkan langkah-langkah mudah menguasai sifir dengan menggunakan kaedah Teknik Matematik Kreatif untuk pelajar pra-sekolah dan sewaktu dengannya.

Kaedah Teknik Matematik Kreatif merupakan satu kaedah menguasai dan menyelesaikan sifir dan darab didalam subjek matematik menggunakan teknik kreatif yang mudah difahami, jalan penyelesaian yang ringkas, tepat dan menyeronokkan..

"Gagal menguasai sifir adalah langkah pertama mencipta kegagalan seterusnya didalam subjek matematik".

Teknik Sifir Master merupakan satu alternatif pembelajaran menguasai sifir. Ia seumpama supplement informasi kepada anak anda. Jika tidak diambil tidak mendatangkan mudarat tetapi jika menguasainya perubahan kepada daya pemikiran, kecekapan menyelesaikan permasalahan dan minat terhadap subjek matematik akan ketara kepada mereka. Tiada lagi istilah fobia dengan matematik didalam kamus hidup mereka. Saranan lihat informasi seterusnya!

ebook Sifir Master for KIDS!
Merupakan satu ebook yang mengandungi langkah demi langkah pembelajaran untuk menguasai Teknik Sifir Master. Panduan langkah demi langkah mudah disusun untuk ibubapa menguasai dahulu teknik ini sebelum mengajar dan mendidik anak-anak.

"ebook ini disusun dan diolah untuk memudahkan ibubapa menguasai teknik matematik kreatif agar dapat mengajar anak-anak seumpama seorang pakar matematik meskipun anda bukan seorang guru.Bagi memenuhi matlamat yang kami cuba sasarkan agar ibubapa menjadi mentor kepada anak-anak dengan menfaatkan masa berkualiti bersama-sama mereka.Hasilnya nanti anda akan melihat anak-anak akan menguasai kemahiran asas matematik ( sifir ) sebelum memasuki tahun satu".


Apakah maksud masa berkualiti ?
Masa berkualiti ialah masa yang seharusnya anda luangkan bersama anak-anak atau keluarga melakukan aktiviti berfaedah atau membantu mereka mengulangkaji pelajaran bersama.Pakar motivasi menyarankan sekurang-kurangnya diperuntukkan selama 3 jam sehari.Ramai pakar motivasi menekankan akan peri pentingnya masa berkualiti ini anda isi dengan perkara-perkara yang berfaedah.

Ini yang kami cuba tekankan. Isi masa berkualiti anda melalui pembelajaran santai bersama anak-anak dengan memberi mereka pengetahuan teknik sifir master.Sambil anda melayan televisyen bersama, keluarkan kertas dan belajar sambil bermain menggunakan teknik-teknik yang anda pelajari dari ebook ini .

Kami hanya mampu menyediakan jalan rintis dan kaedah  bagaimana cara untuk memancing dan juga menunjukkan dimana lubuknya. Yang lain terpulang kepada anda untuk tentukan sendiri samada hendak menangkap ikan dengan menggunakan pancing atau terus membeli dipasar. Apa pun tepuk dada tanyalah iman.



Meh! Baca Lagi Kat Sini...